Surah Yasin

Surah ke-30 daripada 114 · Juzuk 21

Surah Ar-Rum الروم

60 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-84

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Rum diturunkan di Makkah dan mempunyai 60 ayat. Surah ini mengkhabarkan bahawa selepas kekalahan Rom Byzantine kepada Parsi, mereka akan menang dalam beberapa tahun; menarik perhatian kepada tanda-tanda Allah di alam semesta dan kebangkitan selepas mati.

Surah Ar-Rum dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    الٓمٓ ﴿١﴾

    Alif laam miim.

    Alif, Laam, Miim.

  2. 2

    غُلِبَتِ ٱلرُّومُ ﴿٢﴾

    Ghulibatir ruum.

    Orang-orang Rom telah dikalahkan -

  3. 3

    فِيٓ أَدۡنَى ٱلۡأَرۡضِ وَهُم مِّنۢ بَعۡدِ غَلَبِهِمۡ سَيَغۡلِبُونَ ﴿٣﴾

    Fii adnal ardhi wa hum mim ba'di ghalabihim sayaghlibuun.

    Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -

  4. 4

    فِي بِضۡعِ سِنِينَۗ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ مِن قَبۡلُ وَمِنۢ بَعۡدُۚ وَيَوۡمَئِذٖ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ﴿٤﴾

    Fii bidh'i siniina lillaahil amru min qablu wa mim ba'du wa yauma'idziy yafrahul mu'minuun.

    Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -

  5. 5

    بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٥﴾

    Binashrillaahi yanshuru may yasyaa'u wa huwal 'aziizur rahiim.

    Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  6. 6

    وَعۡدَ ٱللَّهِۖ لَا يُخۡلِفُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٦﴾

    Wa'dallaahi laa yukhlifullaahu wa'dahuu wa laakinna aktsaran naasi laa ya'lamuun.

    Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

  7. 7

    يَعۡلَمُونَ ظَٰهِرٗا مِّنَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ عَنِ ٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ غَٰفِلُونَ ﴿٧﴾

    Ya'lamuuna zhaahiram minal hayaatid dunyaa wa hum 'anil aakhirati hum ghaafiluun.

    Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

  8. 8

    أَوَلَمۡ يَتَفَكَّرُواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۗ مَّا خَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَآ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَأَجَلٖ مُّسَمّٗىۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ بِلِقَآيِٕ رَبِّهِمۡ لَكَٰفِرُونَ ﴿٨﴾

    Awalam yatafakkaruu fii anfusihim maa khalaqallaahus samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa illaa bil haqqi wa ajalim musammaw wa inna katsiiram minan naasi biliqaa'i rabbihim lakaafiruun.

    Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

  9. 9

    أَوَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۚ كَانُوٓاْ أَشَدَّ مِنۡهُمۡ قُوَّةٗ وَأَثَارُواْ ٱلۡأَرۡضَ وَعَمَرُوهَآ أَكۡثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَآءَتۡهُمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِۖ فَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ﴿٩﴾

    Awalam yasiiruu fil ardhi fayanzhuruu kaifa kaana 'aaqibatul ladziina min qablihim kaanuu asyadda minhum quwwataw wa atsaarul ardha wa 'amaruuhaa aktsara mimmaa 'amaruuhaa wa jaa'athum rusuluhum bil bayyinaati famaa kaanallaahu liyazhlimahum wa laakin kaanuu anfusahum yazhlimuun.

    Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

  10. 10

    ثُمَّ كَانَ عَٰقِبَةَ ٱلَّذِينَ أَسَٰٓـُٔواْ ٱلسُّوٓأَىٰٓ أَن كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَكَانُواْ بِهَا يَسۡتَهۡزِءُونَ ﴿١٠﴾

    Tsumma kaana 'aaqibatal ladziina asaa'us suu'aa an kadzdzabuu bi'aayaatillaahi wa kaanuu bihaa yastahzi'uun.

    Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.

  11. 11

    ٱللَّهُ يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ﴿١١﴾

    Allaahu yabda'ul khalqa tsumma yu'iiduhuu tsumma ilaihi turja'uun.

    Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

  12. 12

    وَيَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يُبۡلِسُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ ﴿١٢﴾

    Wa yauma taquumus saa'atu yublisul mujrimuun.

    Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.

  13. 13

    وَلَمۡ يَكُن لَّهُم مِّن شُرَكَآئِهِمۡ شُفَعَٰٓؤُاْ وَكَانُواْ بِشُرَكَآئِهِمۡ كَٰفِرِينَ ﴿١٣﴾

    Wa lam yakul lahum min syurakaa'ihim syufa'aa'u wa kaanuu bisyurakaa'ihim kaafiriin.

    Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.

  14. 14

    وَيَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يَوۡمَئِذٖ يَتَفَرَّقُونَ ﴿١٤﴾

    Wa yauma taquumus saa'atu yauma'idziy yatafarraquun.

    Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).

  15. 15

    فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَهُمۡ فِي رَوۡضَةٖ يُحۡبَرُونَ ﴿١٥﴾

    Fa ammal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati fahum fii raudhatiy yuhbaruun.

    Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.

  16. 16

    وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَلِقَآيِٕ ٱلۡأٓخِرَةِ فَأُوْلَٰٓئِكَ فِي ٱلۡعَذَابِ مُحۡضَرُونَ ﴿١٦﴾

    Wa ammal ladziina kafaruu wa kadzdzabuu bi'aayaatinaa wa liqaa'il aakhirati fa ulaa'ika fil 'adzaabi muhdharuun.

    Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.

  17. 17

    فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ حِينَ تُمۡسُونَ وَحِينَ تُصۡبِحُونَ ﴿١٧﴾

    Fasubhaanallaahi hiina tumsuuna wa hiina tushbihuun.

    (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

  18. 18

    وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَعَشِيّٗا وَحِينَ تُظۡهِرُونَ ﴿١٨﴾

    Wa lahul hamdu fis samaawaati wal ardhi wa 'asyiyyaw wa hiina tuzhhiruun.

    Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

  19. 19

    يُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَيُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّ وَيُحۡيِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَاۚ وَكَذَٰلِكَ تُخۡرَجُونَ ﴿١٩﴾

    Yukhrijul hayya minal mayyiti wa yukhrijul mayyita minal hayyi wa yuhyil ardha ba'da mautihaa wa kadzaalika tukhrajuun.

    Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

  20. 20

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ إِذَآ أَنتُم بَشَرٞ تَنتَشِرُونَ ﴿٢٠﴾

    Wa min aayaatihii an khalaqakum min turaabin tsumma idzaa antum basyarun tantasyiruun.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

  21. 21

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾

    Wa min aayaatihii an khalaqa lakum min anfusikum azwaajal litaskunuu ilaihaa wa ja'ala bainakum mawaddataw wa rahmatan inna fii dzaalika la'aayaatil liqaumiy yatafakkaruun.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

  22. 22

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ﴿٢٢﴾

    Wa min aayaatihii khalqus samaawaati wal ardhi wakhtilaafu alsinatikum wa alwaanikum inna fii dzaalika la'aayaatil lil 'aalimiin.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

  23. 23

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ مَنَامُكُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱبۡتِغَآؤُكُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَسۡمَعُونَ ﴿٢٣﴾

    Wa min aayaatihii manaamukum bil laili wan nahaari wabtighaa'ukum min fadhlihii inna fii dzaalika la'aayaatil liqaumiy yasma'uun.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

  24. 24

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ يُرِيكُمُ ٱلۡبَرۡقَ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَيُحۡيِۦ بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ ﴿٢٤﴾

    Wa min aayaatihii yuriikumul barqa khaufaw wa thama'aw wa yunazzilu minas samaa'i maa'an fayuhyii bihil ardha ba'da mautihaa inna fii dzaalika la'aayaatil liqaumiy ya'qiluun.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

  25. 25

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَن تَقُومَ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ بِأَمۡرِهِۦۚ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمۡ دَعۡوَةٗ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ إِذَآ أَنتُمۡ تَخۡرُجُونَ ﴿٢٥﴾

    Wa min aayaatihii an taquumas samaa'u wal ardhu bi'amrihii tsumma idzaa da'aakum da'watam minal ardhi idzaa antum takhrujuun.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

  26. 26

    وَلَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ كُلّٞ لَّهُۥ قَٰنِتُونَ ﴿٢٦﴾

    Wa lahuu man fis samaawaati wal ardhi kullul lahuu qaanituun.

    Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

  27. 27

    وَهُوَ ٱلَّذِي يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهۡوَنُ عَلَيۡهِۚ وَلَهُ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٢٧﴾

    Wa huwal ladzii yabda'ul khalqa tsumma yu'iiduhuu wa huwa ahwanu 'alaihi wa lahul matsalul a'laa fis samaawaati wal ardhi wa huwal 'aziizul hakiim.

    Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  28. 28

    ضَرَبَ لَكُم مَّثَلٗا مِّنۡ أَنفُسِكُمۡۖ هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُم مِّن شُرَكَآءَ فِي مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ فَأَنتُمۡ فِيهِ سَوَآءٞ تَخَافُونَهُمۡ كَخِيفَتِكُمۡ أَنفُسَكُمۡۚ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ ﴿٢٨﴾

    Dharaba lakum matsalam min anfusikum hal lakum mim maa malakat aimaanukum min syurakaa'a fii maa razaqnaakum fa antum fiihi sawaa'un takhaafuunahum kakhiifatikum anfusakum kadzaalika nufashshilul aayaati liqaumiy ya'qiluun.

    Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.

  29. 29

    بَلِ ٱتَّبَعَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٖۖ فَمَن يَهۡدِي مَنۡ أَضَلَّ ٱللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ ﴿٢٩﴾

    Balit taba'al ladziina zhalamuu ahwaa'ahum bighairi 'ilmin famay yahdii man adhallallaahu wa maa lahum min naashiriin.

    Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

  30. 30

    فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٣٠﴾

    Fa aqim wajhaka lid diini haniifan fithratallaahil latii fatharan naasa 'alaihaa laa tabdiila likhalqillaahi dzaalikad diinul qayyimu wa laakinna aktsaran naasi laa ya'lamuun.

    (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

  31. 31

    ۞ مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ﴿٣١﴾

    Muniibiina ilaihi wattaquuhu wa aqiimush shalaata wa laa takuunuu minal musyrikiin.

    Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -

  32. 32

    مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَكَانُواْ شِيَعٗاۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡهِمۡ فَرِحُونَ ﴿٣٢﴾

    Minal ladziina farraquu diinahum wa kaanuu syiya'an kullu hizbim bimaa ladaihim farihuun.

    Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

  33. 33

    وَإِذَا مَسَّ ٱلنَّاسَ ضُرّٞ دَعَوۡاْ رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيۡهِ ثُمَّ إِذَآ أَذَاقَهُم مِّنۡهُ رَحۡمَةً إِذَا فَرِيقٞ مِّنۡهُم بِرَبِّهِمۡ يُشۡرِكُونَ ﴿٣٣﴾

    Wa idzaa massan naasa dhurrun da'au rabbahum muniibiina ilaihi tsumma idzaa adzaaqahum minhu rahmatan idzaa fariiqum minhum birabbihim yusyrikuun.

    Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;

  34. 34

    لِيَكۡفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيۡنَٰهُمۡۚ فَتَمَتَّعُواْ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ﴿٣٤﴾

    Liyakfuruu bimaa aatainaahum fatamatta'uu fasaufa ta'lamuun.

    Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)”.

  35. 35

    أَمۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَٰنٗا فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُواْ بِهِۦ يُشۡرِكُونَ ﴿٣٥﴾

    Am anzalnaa 'alaihim sulthaanan fahuwa yatakallamu bimaa kaanuu bihii yusyrikuun.

    Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?

  36. 36

    وَإِذَآ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةٗ فَرِحُواْ بِهَاۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ إِذَا هُمۡ يَقۡنَطُونَ ﴿٣٦﴾

    Wa idzaa adzaqnan naasa rahmatan farihuu bihaa wa in tushibhum sayyi'atum bimaa qaddamat aidiihim idzaa hum yaqnathuun.

    Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

  37. 37

    أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ ﴿٣٧﴾

    Awalam yarau annallaaha yabsuthur rizqa limay yasyaa'u wa yaqdiru inna fii dzaalika la'aayaatil liqaumiy yu'minuun.

    (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

  38. 38

    فَـَٔاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿٣٨﴾

    Fa aati dzal qurbaa haqqahuu wal miskiina wabnas sabiili dzaalika khairul lil ladziina yuriiduuna wajhallaahi wa ulaa'ika humul muflihuun.

    Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

  39. 39

    وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن رِّبٗا لِّيَرۡبُوَاْ فِيٓ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ فَلَا يَرۡبُواْ عِندَ ٱللَّهِۖ وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن زَكَوٰةٖ تُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُضۡعِفُونَ ﴿٣٩﴾

    Wa maa aataitum mir ribal liyarbuwa fii amwaalin naasi falaa yarbuu 'indallaahi wa maa aataitum min zakaatin turiiduuna wajhallaahi fa ulaa'ika humul mudh'ifuun.

    Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

  40. 40

    ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ ثُمَّ رَزَقَكُمۡ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡۖ هَلۡ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَفۡعَلُ مِن ذَٰلِكُم مِّن شَيۡءٖۚ سُبۡحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ﴿٤٠﴾

    Allaahul ladzii khalaqakum tsumma razaqakum tsumma yumiitukum tsumma yuhyiikum hal min syurakaa'ikum may yaf'alu min dzaalikum min syai'in subhaanahuu wa ta'aalaa 'ammaa yusyrikuun.

    Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya).

  41. 41

    ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ﴿٤١﴾

    Zhaharal fasaadu fil barri wal bahri bimaa kasabat aidin naasi liyudziiqahum ba'dhal ladzii 'amiluu la'allahum yarji'uun.

    Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

  42. 42

    قُلۡ سِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلُۚ كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّشۡرِكِينَ ﴿٤٢﴾

    Qul siiruu fil ardhi fanzhuruu kaifa kaana 'aaqibatul ladziina min qablu kaana aktsaruhum musyrikiin.

    Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik”.

  43. 43

    فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ ٱلۡقَيِّمِ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ يَوۡمٞ لَّا مَرَدَّ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۖ يَوۡمَئِذٖ يَصَّدَّعُونَ ﴿٤٣﴾

    Fa aqim wajhaka lid diinil qayyimi min qabli ay ya'tiya yaumul laa maradda lahuu minallaahi yauma'idziy yashshadda'uun.

    (Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah ugama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).

  44. 44

    مَن كَفَرَ فَعَلَيۡهِ كُفۡرُهُۥۖ وَمَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا فَلِأَنفُسِهِمۡ يَمۡهَدُونَ ﴿٤٤﴾

    Man kafara fa'alaihi kufruhuu wa man 'amila shaalihan fali'anfusihim yamhaduun.

    Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing;

  45. 45

    لِيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ ﴿٤٥﴾

    Liyajziyal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati min fadhlihii innahuu laa yuhibbul kaafiriin.

    Kerana Allah akan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang kufur ingkar.

  46. 46

    وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَن يُرۡسِلَ ٱلرِّيَاحَ مُبَشِّرَٰتٖ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحۡمَتِهِۦ وَلِتَجۡرِيَ ٱلۡفُلۡكُ بِأَمۡرِهِۦ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ﴿٤٦﴾

    Wa min aayaatihii ay yursilar riyaaha mubasysyiraatiw wa liyudziiqakum mir rahmatihii wa litajriyal fulku bi'amrihii wa litabtaghuu min fadhlihii wa la'allakum tasykuruun.

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.

  47. 47

    وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوۡمِهِمۡ فَجَآءُوهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَٱنتَقَمۡنَا مِنَ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٤٧﴾

    Wa laqad arsalnaa min qablika rusulan ilaa qaumihim fajaa'uuhum bil bayyinaati fantaqamnaa minal ladziina ajramuu wa kaana haqqan 'alainaa nashrul mu'miniin.

    Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

  48. 48

    ٱللَّهُ ٱلَّذِي يُرۡسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابٗا فَيَبۡسُطُهُۥ فِي ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ يَشَآءُ وَيَجۡعَلُهُۥ كِسَفٗا فَتَرَى ٱلۡوَدۡقَ يَخۡرُجُ مِنۡ خِلَٰلِهِۦۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ ﴿٤٨﴾

    Allaahul ladzii yursilur riyaaha fatutsiiru sahaaban fayabsuthuhuu fis samaa'i kaifa yasyaa'u wa yaj'aluhuu kisafan fataral wadqa yakhruju min khilaalihii fa idzaa ashaaba bihii may yasyaa'u min 'ibaadihii idzaa hum yastabsyiruun.

    Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;

  49. 49

    وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيۡهِم مِّن قَبۡلِهِۦ لَمُبۡلِسِينَ ﴿٤٩﴾

    Wa in kaanuu min qabli ay yunazzala 'alaihim min qablihii lamublisiin.

    Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa.

  50. 50

    فَٱنظُرۡ إِلَىٰٓ ءَاثَٰرِ رَحۡمَتِ ٱللَّهِ كَيۡفَ يُحۡيِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿٥٠﴾

    Fanzhur ilaa aatsaari rahmatillaahi kaifa yuhyil ardha ba'da mautihaa inna dzaalika lamuhyil mautaa wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir.

    Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  51. 51

    وَلَئِنۡ أَرۡسَلۡنَا رِيحٗا فَرَأَوۡهُ مُصۡفَرّٗا لَّظَلُّواْ مِنۢ بَعۡدِهِۦ يَكۡفُرُونَ ﴿٥١﴾

    Wa la'in arsalnaa riihan fara'auhu mushfarral lazhalluu mim ba'dihii yakfuruun.

    Dan demi sesungguhnya, jika Kami hantarkan angin (menyerang tanaman) lalu mereka melihat tanaman itu menjadi kuning kering, nescaya mereka sesudah itu, terus kembali kufur (tidak mengenangkan nikmat-nikmat Allah serta berputus asa).

  52. 52

    فَإِنَّكَ لَا تُسۡمِعُ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَلَا تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ ٱلدُّعَآءَ إِذَا وَلَّوۡاْ مُدۡبِرِينَ ﴿٥٢﴾

    Fa innaka laa tusmi'ul mautaa wa laa tusmi'ush shummad du'aa'a idzaa wa lau mudbiriin.

    (Maka janganlah engkau berdukacita - wahai Muhammad - terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).

  53. 53

    وَمَآ أَنتَ بِهَٰدِ ٱلۡعُمۡيِ عَن ضَلَٰلَتِهِمۡۖ إِن تُسۡمِعُ إِلَّا مَن يُؤۡمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا فَهُم مُّسۡلِمُونَ ﴿٥٣﴾

    Wa maa anta bihaadil 'umyi 'an dhalaalatihim in tusmi'u illaa may yu'minu bi'aayaatinaa fahum muslimuun.

    Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang menurut perintah.

  54. 54

    ۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفٖ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفٖ قُوَّةٗ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٖ ضَعۡفٗا وَشَيۡبَةٗۚ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡقَدِيرُ ﴿٥٤﴾

    Allaahul ladzii khalaqakum min dha'fin tsumma ja'ala mim ba'di dha'fin quwwatan tsumma ja'ala mim ba'di quwwatin dha'faw wa syaibatay yakhluqu maa yasyaa'u wa huwal 'aliimul qadiir.

    Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

  55. 55

    وَيَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يُقۡسِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ مَا لَبِثُواْ غَيۡرَ سَاعَةٖۚ كَذَٰلِكَ كَانُواْ يُؤۡفَكُونَ ﴿٥٥﴾

    Wa yauma taquumus saa'atu yuqsimul mujrimuuna maa labitsuu ghaira saa'atin kadzaalika kaanuu yu'fakuun.

    Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar).

  56. 56

    وَقَالَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ وَٱلۡإِيمَٰنَ لَقَدۡ لَبِثۡتُمۡ فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡبَعۡثِۖ فَهَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡبَعۡثِ وَلَٰكِنَّكُمۡ كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ﴿٥٦﴾

    Wa qaalal ladziina uutul 'ilma wal iimaana laqad labitstum fii kitaabillaahi ilaa yaumil ba'tsi fahaadzaa yaumul ba'tsi wa laakinnakum kuntum laa ta'lamuun.

    Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: “Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)”.

  57. 57

    فَيَوۡمَئِذٖ لَّا يَنفَعُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مَعۡذِرَتُهُمۡ وَلَا هُمۡ يُسۡتَعۡتَبُونَ ﴿٥٧﴾

    Fayauma'idzil laa yanfa'ul ladziina zhalamuu ma'dziratuhum wa laa hum yusta'tabuun.

    Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang-orang yang zalim, sebarang alasan yang mereka kemukakan untuk melepaskan diri, dan mereka pula tidak diberi peluang untuk memohon keredaan Allah.

  58. 58

    وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٖۚ وَلَئِن جِئۡتَهُم بِـَٔايَةٖ لَّيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا مُبۡطِلُونَ ﴿٥٨﴾

    Wa laqad dharabnaa lin naasi fii haadzal qur'aani min kulli matsaliw wa la'in ji'tahum bi'aayatil layaquulannal ladziina kafaruu in antum illaa mubthiluun.

    Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di dalam Al-Quran ini; dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata: “Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu”.

  59. 59

    كَذَٰلِكَ يَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٥٩﴾

    Kadzaalika yathba'ullaahu 'alaa quluubil ladziina laa ya'lamuun.

    Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).

  60. 60

    فَٱصۡبِرۡ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ وَلَا يَسۡتَخِفَّنَّكَ ٱلَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ ﴿٦٠﴾

    Fashbir inna wa'dallaahi haqquw wa laa yastakhiffannakal ladziina laa yuuqinuun.

    Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.

Dengar bacaan Surah Ar-Rum

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
30 daripada 114
Maksud nama:
Bangsa Rom
Bilangan ayat:
60
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
84
Juzuk:
21

Mengenai Surah Ar-Rum

Nama surah diambil daripada perkataan "Rum" dalam ayat kedua, yang merujuk kepada penduduk Rom Timur (Byzantine). Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 60 ayat. Surah ini ialah surah 30 dalam susunan mushaf dan terdapat dalam juz 21; dihitung sebagai surah 84 menurut susunan penurunan.

Pada awal surah, dikhabarkan bahawa orang Rom kalah di kawasan yang dekat, tetapi akan menang semula dalam beberapa tahun. Berita ini dianggap antara contoh paling terkenal berita ghaib yang disampaikan al-Quran. Surah juga dikenali dengan ungkapan "wa min ayatihi" (antara tanda-tanda-Nya) yang menyenaraikan berturut-turut tanda kewujudan dan kekuasaan Allah; ayat 21 yang menyatakan bahawa kasih sayang dan rahmat diletakkan antara pasangan ialah salah satunya.

Latar belakang penurunan Surah Ar-Rum

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah, pada tahun-tahun Parsi Sasan memperoleh kemenangan besar terhadap Rom Timur (Byzantine) dan menakluki Baitulmaqdis (sekitar 614-615 Masihi). Orang musyrik Makkah mentafsirkan kemenangan Parsi yang beragama Majusi terhadap Rom yang dianggap Ahli Kitab sebagai memihak kepada mereka dan bermegah terhadap umat Islam.

Ayat-ayat yang diturunkan dalam suasana ini menyatakan bahawa orang Rom akan menang semula dalam beberapa tahun ("bid'i sinin", antara tiga hingga sembilan tahun) dan pada hari itu orang beriman akan bergembira. Riwayat al-Tirmizi menyatakan bahawa Abu Bakar membuat pertaruhan dengan orang musyrik berdasarkan berita ini. Menurut satu lagi riwayat al-Tirmizi, berita kemenangan Rom terhadap Parsi bertepatan dengan hari-hari umat Islam memperoleh kemenangan Badar.

Kandungan Surah Ar-Rum

Surah ini bermula dengan berita kekalahan Rom dan kemenangan mereka pada masa hadapan; kemudian ditegaskan bahawa kebanyakan manusia hanya mengetahui zahir kehidupan dunia dan lalai terhadap akhirat. Diseru melihat kesudahan kaum terdahulu, dan diterangkan bahawa pada hari kiamat manusia terbahagi kepada kumpulan.

Bahagian tengah surah menyenaraikan bukti keesaan dan kekuasaan Allah: penciptaan manusia daripada tanah, penempatan kasih sayang dan rahmat antara pasangan, penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasa dan warna kulit, tidur, kilat, hujan serta penghidupan tanah yang mati. Manusia diminta mengikuti fitrah yang Allah berikan ketika penciptaan, yakni agama yang hanif. Dijelaskan bahawa riba tidak menambah harta di sisi Allah, manakala zakat yang diberikan demi keredaan Allah membawa balasan berlipat ganda. Diingatkan bahawa kerosakan di darat dan laut muncul kerana perbuatan tangan manusia sendiri. Surah menerangkan perubahan manusia daripada lemah kepada kuat kemudian lemah semula, lalu berakhir dengan nasihat supaya bersabar.

Kelebihan Surah Ar-Rum

Tiada riwayat sahih yang khusus tentang kelebihan surah al-Rum yang diketahui. Menurut riwayat al-Nasa'i dan Ahmad bin Hanbal daripada seorang sahabat yang tidak disebutkan namanya, pada suatu solat Subuh Nabi membaca surah al-Rum dan bacaan baginda menjadi kacau. Selepas solat, baginda berkata bahawa orang yang turut bersolat berjemaah tanpa berwuduk dengan sempurna menyebabkan bacaan al-Quran menjadi kacau. Al-Albani menilai riwayat ini hasan, Syu'aib al-Arna'ut menilai sanadnya hasan; manakala Ibn al-Qaththan menyebut bahawa keadaan salah seorang perawinya, Syabib, tidak diketahui.

Dalam riwayat Abu Dawud daripada Ibn Abbas disebut bahawa orang yang membaca ayat 17 hingga 19 surah ini pada waktu pagi akan memperoleh ganti atas apa yang terlepas pada hari itu, dan yang membacanya pada waktu petang akan memperoleh ganti atas apa yang terlepas pada malam itu; al-Albani menilai riwayat ini sangat daif. Adapun riwayat yang dinisbahkan kepada Ubai bin Ka'ab dalam sesetengah tafsir, yang menjanjikan pembaca surah ini pahala sepuluh kali ganda bilangan malaikat yang bertasbih kepada Allah antara langit dan bumi, dianggap palsu (maudhu') oleh para ulama hadis.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Ar-Rum

Berapakah bilangan ayat Surah Ar-Rum?

Surah Ar-Rum mempunyai 60 ayat.

Apakah maksud Ar-Rum?

Ar-Rum bermaksud “Bangsa Rom”.

Adakah Surah Ar-Rum Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ar-Rum ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-84.

Surah Ar-Rum dalam juzuk berapa?

Surah Ar-Rum terdapat dalam juzuk 21.

Surah Ar-Rum ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Ar-Rum ialah surah ke-30 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-'Ankabut dan sebelum Surah Luqman.

Bolehkah saya mendengar Surah Ar-Rum di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Ar-Rum oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.